dB Softwork Photographix by Fariz Rusdi


Prebiu : Pertunangan Aimi & Affendi
September 28, 2009, 8:53 pm
Filed under: Wedding | Tags: , ,

Tahniah kepada pasangan Aimi & Affendi yang telah melangsungkan majlis  pertunangan mereka pada 24hb September 2009 bertempat di Nilai Impian,Nilai. Semoga ikatan pertunangan kalian berakhir di jinjang pelamin dan ribuan terima kasih terhadap layanan baik anda sekeluarga kepada kami. Berikut terdapat sedikit prebiu untuk tatapan anda.

_________________________________________________________________

Name: Mohd Fariz Rusdi
Mobile: 0193646428
Email: helpdesk@farizrusdi.com
Web: http://www.farizrusdi.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/dbsoftwork
YM: fun2dlimit



Outing HDR Kuku Besi(Candid)
September 28, 2009, 8:48 pm
Filed under: Event, Outdoor | Tags: , , , ,

Outing HDR yang dianjurkan oleh Kuku Besi bertempat di Pengkalan Balak, Melaka pada ramadhan yang lalu. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. KB Rawks!..Berikut terdapat beberapa shoot candid yang berjaya diambil..

Sifu Mirul turun ilmu kat anak buah,Jamal..

Cari ilham..

_________________________________________________________________

Name: Mohd Fariz Rusdi
Mobile: 0193646428
Email: helpdesk@farizrusdi.com
Web: http://www.farizrusdi.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/dbsoftwork
YM: fun2dlimit



Selamat Hari Raya Aidilfitri
September 22, 2009, 2:53 am
Filed under: Event | Tags: , ,

Raya

_________________________________________________________________

Name: Mohd Fariz Rusdi
Mobile: 0193646428
Email: helpdesk@farizrusdi.com
Web: http://www.farizrusdi.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/dbsoftwork
YM: fun2dlimit



Highlight : AIDILFITRI 2009 PROMO!

Klik pada link “Promotion” untuk melihat pakej-pakej Promosi Aidilfitri 2009 kami. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

PromoAds

Click the “Promotion” link to view our Aidilfitri 2009 Promotion. Please contact us for enquiry or booking.

_________________________________________________________________

Name: Mohd Fariz Rusdi
Mobile: 0193646428
Email: helpdesk@farizrusdi.com
Web: http://www.farizrusdi.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/dbsoftwork
YM: fun2dlimit



Majlis Pertunangan Toroy & Ayu
August 5, 2009, 7:10 am
Filed under: Wedding | Tags: , , ,

Bertempat di Bentong, Pahang pada 1hb Ogos 2009. Tahniah kepada Toroy dan Ayu, semoga ikatan pertunangan kalian berakhir di jinjang pelamin. Berikut adalah prebiu majlis mereka untuk tatapan anda..

_________________________________________________________________

Name: Mohd Fariz Rusdi
Mobile: 0193646428
Email: helpdesk@farizrusdi.com
Web: http://www.farizrusdi.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/dbsoftwork
YM: fun2dlimit



Malacca Street Outing by Butik Tee
July 14, 2009, 3:49 pm
Filed under: Moment, Outdoor | Tags: , , ,

Pada Sabtu lepas bertempat di Melaka, Butik Tee dari group FlickR telah menganjurkan satu outing  iaitu Malacca Street Outing. Ramai photographer yang hadir dan banyak ilmu yang diperolehi. Terima kasih kepada yang hadir dan juga ilmu yang anda beri.


Location : Quayside,Malacca

Location : Quayside,Malacca

Location : Quayside, Malacca

Location : Quayside,Malacca

Location : Quayside,Malacca

Location : Quayside,Malacca

Location : Quayside,Malacca


Location : Quayside,Malacca

_________________________________________________________________

Name: Mohd Fariz Rusdi
Mobile: 0193646428
Email: helpdesk@farizrusdi.com
Web: http://www.farizrusdi.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/dbsoftwork
YM: fun2dlimit



Paintball vol.2
July 5, 2009, 11:55 pm
Filed under: Event, Outdoor | Tags: , ,

Menjadi photographer untuk permainan paintball ini adalah satu cabaran bagi aku. Mengelak,berlari,melompat dan meniarap itu adalah satu yang biasa supaya tidak ditembak (tapi kena 2 kali juga lah). So,ini adalah hasil yang tak seberapa dari aku..

More picture at My FlickR.

_________________________________________________________________

Name: Mohd Fariz Rusdi
Mobile: 0193646428
Email: helpdesk@farizrusdi.com
Web: http://www.farizrusdi.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/dbsoftwork
YM: fun2dlimit



Hanya sekadar renungan bersama..
July 4, 2009, 8:35 pm
Filed under: Life

Assalammualaikum…

Ini adalah post pertama saya tanpa gambar. Saya tertarik apabila membaca satu artikel ini dan terasa ingin dikongsi bersama anda semua sebagai renungan kepada kita terutamanya kepada pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta atau baru hendak cuba-cuba bercinta. Saya bukanlah seorang pakar dalam menilai hati budi atau luaran seseorang dan saya bukanlah terlalu bagus untuk menasihati seseorang, cuma sekadar ingin menyedarkan kepada mereka yang kadang kala terlalu leka dalam bercinta tanpa menghiraukan kesengsaraan hati sendiri seperti kata-kata yang selalu kita dengar “Masa bercinta,semuanya indah belaka..Bau yang busuk boleh dikata wangi..” atau “Apa saja untukmu sayang..Just say it..”.

Kadang kala kita juga sanggup mengalah tidak kira dari siapa punca kesalahan itu walaupun cara kita itu boleh dikatakan terlalu “lembik” jika untuk lelaki dan terlalu “lemah” untuk perempuan. Tidak salah sebenarnya jika kedua-dua pihak mempunyai sikap yang sama tetapi siapa sangka bila kita bersikap begitu manakala pasangan yang dipuja dan disayangi pula bersikap bertentangan dengan kita dan lama-kelamaan akan membuli atau dalam erti kata lain memijak kepala kita. Adakah anda sanggup diperlakukan begitu sepanjang hayat anda dan adakah pasangan anda itu sedar akan perbuatannya itu atau memang sengaja berbuat begitu untuk mengambil kesempatan terhadap kelemahan anda?

Bukanlah tujuan saya untuk menunding kepada sesiapa, cuma niat untuk berkongsi cerita dan mohon maaf jika artikel yang saya ingin kongsi ini menyinggung mana-mana pihak. Diharap dapatlah sama-sama kita berkongsi dan memberi pandangan secara terbuka dengan positif agar dapat mengelakkan perlakuan yang mungkin kita pernah lalui dan menganggapnya sebagai pengajaran untuk masa akan datang.

“Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari kita dan mengaku salah atau mengalah itu tidak bermakna kita kalah..renung-renungkanlah dan selamat beramal..”

__________________________________________________________________________________________________________________________

Ironi tetapi terjadi. Bila dah sayang, jiwa vulnerable lantas meninggalkan ruang ‘lembut’ untuk dimanipulasi pasangan. Dibuli bukan didera, dibuli bukan dipaksa, dibuli ialah melakukan sesuatu untuk memastikan pasangan gembira tanpa mengambil kira keadaan hati sendiri bagaimana. Jika nak guna perkataan dipukau cinta pun boleh juga. Mereka yang dibuli ini tidak datang daripada gender yang spesifik. Kedua-dua jantina pun merasa dan melakukannya. Membuli pasangan ini kadang-kadang berlaku tanpa disedari kerana diselimuti rasa syok apabila sering mendapat apa yang dihajati. Dari mata orang luar, pasangan ini kelihatan seperti begitu memahami dan mencintai, tetapi di dalam hati yang dibuli tiada siapa yang sedar sengsara yang dirasai.

Pasangan yang membuli tidak menggunakan kekerasan tetapi setiap kali anda harus mengikut kata mereka, cara mereka, keputusan mereka, rancangan mereka. Dalam erti kata lain, your say doesn’t matter, only hers/his. Di awal perhubungan mungkin yang dibuli merasa tidak mengapa kerana merasakan jiwa sangat menyayangi pasangan, namun jika kejadian membuli ini berlarutan, jiwa yang dibuli akan ‘makan dalam’ dan yang membuli pula semakin ‘naik lemak’. Kenapa jadi begini dan bagaimana untuk mengatasinya?

Jenis individu yang sering dibuli ini selalunya datang daripada golongan yang sukakan keamanan. Jika tercetus ketidakselesaan dalam perhubungan, pantas dia inginkan selesa itu kembali dan andai tercetus perbezaan pendapat atau keputusan, dialah insan pertama yang akan mengangkat bendera putih mengaku kalah. Setiap kali mengalah dengan mudah, kuasa dalam perhubungan akan berpindah kepada pasangan yang menang. Lantas, apabila pasangan anda mengetahui sifat cepat mengalah ini wujud dalam dirimu, peluang untuk anda dibuli itu tinggi. Sifat cepat mengalah ini bukanlah sesuatu yang negatif tetapi jika bertemu pasangan yang ‘bijak’ memanipulasi, anda akan sering mengikut cakap dia dalam semua keadaan. Pandai-pandailah menilai suasana untuk mengelakkan konfrontasi dan kadang-kadang anda perlu tegas supaya tidak dibuli. Biar bertegang urat beberapa kali dan dia tahu pendirian anda tentang hal tertentu daripada membiarkan diri diperkotak-katikkan pasangan anda selalu.

Takut kehilangan yang tersayang juga menjadi sebab mengapa ada yang mengikut sahaja apa yang disuruh atau diminta pasangan. Ada yang terfikir kalau aku tak buat apa yang disuruh, ada orang lain di luar sana yang rela melakukannya untuk dia, dan anda takut dia akan mencari orang lain. Tidak semestinya pasangan menakut-nakutkan, tetapi secara psikologinya anda merasakan begitu. Ketidakselesaan atau ‘threat’ yang diberi pasangan memaksa seseorang itu menurut segala kata dan tidak berani mengatakan ‘tidak’ atas permintaan pasangannya.

Sayang biar berpada, manja biar berbatas. Sayang tidak boleh dinilai dengan kesudian pasangan melakukan sesuatu untuk diri kita. “I suka this one necklace di Poh Kong. Nanti kita pergi beli ye?’. Walaupun tidak berduit, anda cuba juga kerana tidak mahu menghampakan si dia yang cukup teruja. Atau bagi lelakinya, “You nak balik jumpa mak you sakit ke? Tak payahlah, ramai lagi adik-beradik you boleh jengok”. Kerana sayangkan dia sangat, anda ikutkan saja walaupun hati tidak rela dan akhirnya diri diselubungi rasa bersalah yang amat sangat.

Dalam setiap perhubungan perlu wujudnya sikap tolak ansur dan saling memahami. Jangan setiap masa pun harus mengikut cakap pasangan, takut nanti orang kata yang anda terkena ilmu penunduk nasi tangas pula!

**Artikel dipetik dari Gua.com.my – ” Dibuli oleh tersayang”

“Perjalanan sebenarku baru bermula dan semoga semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan sempurna walau masih belum jelas kelihatan..InsyaAllah..” - Mr.Boi

_________________________________________________________________

Name: Mohd Fariz Rusdi
Mobile: 0193646428
Email: helpdesk@farizrusdi.com
Web: http://www.farizrusdi.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/dbsoftwork
YM: fun2dlimit



Potraiture
June 30, 2009, 7:30 am
Filed under: Artwork

Ini adalah percubaan pertama aku untuk potraiture. Aku tak tau nak menilai, so aku mintak anda-anda semua silalah memberi komen jika ada kesilapan. Komen anda amat dihargai.

p/s : kepada sifu jijie, sorry kalau gambar ni hancur..aku nak bagi publisiti kat ko jek..heheehe…

_________________________________________________________________

Name: Mohd Fariz Rusdi
Mobile: 0193646428
Email: helpdesk@farizrusdi.com
Web: http://www.farizrusdi.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/dbsoftwork
YM: fun2dlimit



Lyn – Outdoor
June 29, 2009, 9:57 pm
Filed under: Event, Fun, Outdoor | Tags:

Aku & Huda (Chenta) telah pergi ke Segamat, Johor pada hari Jumaat lepas untuk menziarah serta menambah lagi ilmu daripada rakan-rakan Kekatu. Dan terima kasih kepada sifu-sifu Kekatu iaitu Gg a.k.a Aji Miang, Jijie, Mirul, Ajim dan tak lupa juga kepada model, Lin serta Jengkol selaku supplier model. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat aku captured pada hari itu.

Tak lupa jugak berbanyak terima kasih kepada Aji Miang & wife, Alya kerana sudi menjemput kami ke rumah. Memang sedap ayam masak merah tu ( amik ati jek ).hehe..Actually aku tak takut pun kat ular tu, cuma segan je..hehe..sekian.

_________________________________________________________________

Name: Mohd Fariz Rusdi
Mobile: 0193646428
Email: helpdesk@farizrusdi.com
Web: http://www.farizrusdi.com
Flickr: http://www.flickr.com/photos/dbsoftwork
YM: fun2dlimit